Thursday, 27 February 2020


       Bercuti di Cameron Highland 


Assalamualaikum, harini tiba2 rasa rajin nak share pengalaman bercuti di cameron highland selama 3 hari 2 malam bersama family .
Sepanjang bercuti kat situ kami stay di Peony Square, sangat selesa apartment tu untuk family,  ada 3 bilik 2 bilik air dan dapur, so boleh masak nasi goreng pagi2 kt dapur tu jimat sikit duit. Apartment ni  berdekatan dengan Cameron Valley tea house, ada aktiviti menaiki ATV dan safari, betul2 depan dengan apartment tu.


Permandangan dari apartment Peony Square boleh nampak Cameron Valley 

Jadi aktiviti pada hari pertama, sampai2 je kami terus pergi ke Pasar KEA Farm kat situ buah-buahan segar especially strawberi,  sos coklat untuk cicah dengn strawberi, sarang madu asli, sayur-sayuran , ice cream buah-buahan, bunga-bunga hidup dengan cucuk2 ada cendawangoreng, ketam salut tepung, sotong salut tepung ,nugget, meatball semua tu la.. sbb kat situ sejuk ofcourse terbeli  nak2 goreng panas2 hermm...
Macam2 jenis strawberi kering ada

Sos chocolate utk cicah bersama strwberi


Sarang madu asli  dlm bekas saiz tu dalam Rm 20 

Tak puas beli makanan kat situ ktorang pergi beli mkanan tengah hari kt restoran Teh tarik tapau makan kt apartment sebab sejuk so beli makanan dulu baru check in.

Berehat kejap,  bila malam ambil angin keluar jalan2 dekat area pekan tanah rata, kat situ ada starbuck , cafe2 hipster dan pasar malam.
Feeling mcm kat overseas haha..

sara medina my sweetheart

Aktiviti hari kedua, kami sekeluarga jalan2 di Ladang Teh BOH di sungai palas, nak naik ke situ jalan agak sempit dan berliku liku jadi kena sangat berhati2 bila drive mendaki kat situ tambah pulak bila time selisih dengn kereta lain rase ngilu je haha. Tapi bila smpai atas dapat la tngok view ladang teh sangat cantik  then selfie2 sikit and kalau nak makan pun boleh kt atas tu ada cafe bolehla acah2 makan scone mcm omputeh tu.Tapi  kene mendaki sikitla nak naik atas tu dan tak bahaya pun seronok dpt hirup udara segar. 
My family bergambar di BOH Tea Centre Sg.Palas

Ni antara view sebelum mendaki ke BOH Tea Centre
Lepas mendaki semua ktorang terus pergi ke Sheep santuary untuk tngok kambing biri2, boleh bagi makan dan selfie tapi kalau siape yg takut dengn biri2 better takpayah pergi kut sbb mcm bazir je sbb nak masuk situ kene bayar utk dewasa rm 7.00 & kanak2 tak sure berape ringgit sbb ktorang semua dewasa sorang je baby, baby tak dikirala free je masuk. 
Biri-Biri kat sini sngat jinak tak takut dengan org, org je yg takut dgn dia haha
           Makanan untuk Kambing Biri-biri


Then malam tu ktorang pergi Pasar Malam Golden Hills yg dulu dikenali sebagai pasar  malam Bukit Brinchang  tapi sbb dah tukar lokasi so nama pun dah tukar.
Kat situ banyak jual souvenir mcm topi strawberi,coklat strawberi,buah strawberi yg murah2 bnyak kt situ, keychain strawberi hampir 80% strawberi hahaha. Tapi kat situ ada jugakla jual makann mcm kuew tiau goreng, cucuk2, baju pun ada. (sorry takde gmbar sbb sepanjang kt pasar malam tu mata melilau je cari makann haha)

Dah habis shopping pasar malam dekat  Golden Hills, kami pun balik apartment rehat untuk smbung aktiviti esok.

Hari ketiga which is last day dekat cameron highland, ktorang pergi Big Red strawberi farm kat sini ada banyak menu berasaskan strawberi, mcm ice cream strawberi, waffle strawberi, scone jam strawberi bnyak sngt nak senaraikan and semua sedap. Kt situ boleh petik strawberi segar sendiri harga ikut gram.bercuti di cameron highland

Senarai menu, rasa nak order semua haha

  Ice cream waffle dengan strawberry milkshake, actually ada scone tapi tak sempat nak ambik gmbar sebb dah makan haha

Ice cream strawberry
My mom peminat fanatik bunga dan daun 

Tempat terakhir kami pergi Avant chocolate factory, okay kt sini banyak jenis coklat yg boleh bawak balik utk sourvenier, dan mcm2 jenis ice cream pun ada, aktiviti pun menarik jgak kat situ tapi kene bayar okay guys..
Actually tempat tu lawa utk ambik gmbar tapi sbb photographer takde skill so tmpat lawa pun jadi hermmm

Tu ada banyak coklat dalam tu,mcm2 perisa ada white chocolate, dark chocolate, durian, strawbery semua ada 

Okay that's all percutian di Cameron Highland bersama family. Sebenarnya banyak lagi tempat dan aktiviti yg best dekat cameron highland ni tapi disbbkan masa  yg terhad kita pergi mana yg sempat jela, yg penting dapat luangkan masa dengan family.  Harap blog ni dapat membantu sesiape yg plan utk bercuti di  Cameron Highland bersama family. 😊








No comments:

Post a Comment